Tarikh : 09.11.2023
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 32 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas pemasaran dalam talian atau pemasaran atas talian bagi memperluaskan lagi pemasran produk usahawan sendiri. Selain itu menggalakkan dan meningkatkan pengetahuan peserta untuk pasaran melaui kedai atas talian atau kedai online seperti tik tok shop, shopee, instagram, tekegram dan sebagainya. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan di HBK Kg Lay Out Tok Saboh ini adalah tentang bagaimana untuk memasarkan produk dalam talian seperti tik tok shop, shopee, lazada, facebook dan sebagainya. Dalam bengkel ushawan ini diajar peserta bagaimana cara untuk memasarkan produk dalam talian menggunakan medium bahru yang mana ia dapat meluaskan lagi pemasran produk seseorang ushawan. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajar bagaimana untuk meluaskan pasaran dan ushawan itu sendiri perlu merebut peluang untuk memasarkan produk dalam talian seperti cara mendaftarkan diri dan cara menjual atau membuat promosi melalui atas talian secara langsung ia dapat menjana pendapatan lebih kepada sesorang usahawan serta meningkatkan jualan dan nama produk. Pemasaran dalam talian ini merupakan pasaran digital terkini yang mendapat sambutan serta lebih mudah untuk mendapatakan pelanggan. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 08.11.2023
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaannya untuk sesuatu urusan atau tugasan. Perkembangan teknologi ini peting untuk masyarakat supaya dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran komputer atau ict dalam kalangan pelajar agar dapat mewujudkan pelajar yang celik it, kreatif dan inovatif. secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan kepada Microsoft Office Power point dan applikasi canva dan bagaimana cara untuk menggunakan applikasi tersebut untuk membuat slide pembentagan melalui applikasi. Petugas mengajar bagaimana cara untuk membuat slide pembentagan melalui dua applikasi tersebut dengan cara memilih 'template' yang diiginkan dan petugas juga mengajar bagaimana cara untuk menaip, menyunting template, ,bagaimana cara untuk menambah slide baru serta memasukan imej ke dalam slide power point dan juga canva dan sebagainya. Disamping itu juga, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk membuat video persembahan atau gerakan setiap slide dan bagaimana cara untuk memasukan audio ke dalam slide tersebut. Peserta memahami dan berjaya membuat slide dengan baiK.

Gambar Disini

 

Tarikh : 04.11.2023
Masa : 9.30pg - 11.20 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta membuat sendiri resume dan juga untuk  menggunakan Word adalah untuk mendedahkan peserta tentang kepelbagaian fungsi applikasi baru yang boleh digunakan dan peserta secara tidak langsung didedahkan dengan penggunaan komputer serta meningkatkan kemahiran peserta dalam ict dan teknologi. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Hal ini kerana applikasi tersebut menyediakan beberape contoh untuk rujukan dan juga 'template' untuk membuat resume. Dalam aktiviti ini juga peserta diajar bagaimana untuk memilih dan menukar size tulisan yang telah disediakan untuk peserta mengedit atau menyunting. Selain itu peserta juga diajar bagaimana untuk menukarkan atau menyimpan resume ke dalam bentuk pdf atau dalam bentuk gambar.Peserta memahami dan berjaya menyiapkan resume yang telah dibuat dalam bengkel ini.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 05.11.2023
Masa : 3.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  melatih dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah untuk terlibat dengan dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir, kreatif dan inovatif melalui penggunaan ict yang mana sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah mengenai pembelajaran melalui applikasi liveworksheets.com dan juga applikasi uptoten untuk pembelajaran dan permainan kuiz berpendidikan yang mana ia akan memberikan keseronokan dan peserta akan lebih fokus dengan pembelajaran secara online ini. Dalam applikasi liveworksheet peserta diajar bagaimana untuk menjawab soalan bahsa melayu dan juga diajar bagaimana cara untuk memeriksa soalan yang telah dijawab. Manakala, applikasi uptoten pula peserta diajar bagaimana cara untuk mewarna secara online dengan memilih warna yang diiginkan dan membawa ke lukisan yang perlu diwarnakan. Kedua-dua applikasi ini dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan kreativiti, fokus mata mereka, inovasi dan mahir dalam penggunaan komputer atau ict. Perserta memahami dan belajar dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 03.11.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap kepentigan dan kegunaan ict dan penggunaan media baru dalam ict serta meningkatkan maklumat atau pengetahuan. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas bagaimana cara untuk menggunakan canva untuk membuat slide pembentagan. Peserta juga diminta terlebih dahulu mendaftarkan diri ke dalam laman web canva sebelum membuat slide. Petugas mengajar pserta bagaimana untuk membuat slide pembentagan menggunakan applikasi canva poster dengan menggunakan canva dengan memilih jenis atau reka bentuk template untuk membuat slide tersebut. Selain itu, petugas juga menambahkan teks serta memasukan imej melalui menu 'upload' serta jenis tulisan dan size yang diiginkan. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan poster tersebut.

Gambar Disini