Tarikh : 05.10.2023
Masa : 11.00pg - 12.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas Microsoft Office Word dalam membuat resume menggunakan Word adalah untuk mendedahkan peserta tentang kepelbagaian fungsi applikasi tersebut bukan hanya untuk menaip sahaja. Selain itu, peserta dapat didedahkan dengan penggunaan komputer dan membiasakan diri dengan menaip menggunakan komputer yang mana ia dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam ict dan teknologi. Secara tidak langsung bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penerangan secara ringkas fungsi asas dan keterangan menu yang terdapat dalam applikasi microsoft word tersebut serta bagaimana cara untuk menggunakannya untuk membuat resume. Peserta diminta untuk membuka Microsoft Word dan memilih reka bentuk yang diiginkan berdasarkan contoh-contoh resume yang sedia ada sebagai rujukan kepada peserta. Dalam aktiviti ini juga peserta diajar bagaimana untuk memilih dan menukar size tulisan atau membuat kotak tajuk untuk resume dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana cara untuk memasukan gambar dan menyunting gambar serta bagaimana cara untuk menyimpan resume yang telah siap ke dalam bentuk file yang diinginkan. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan resume yang telah dibuat dalam bengkel ini.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 04.10.2023
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan pencarian maklumat secara interaktif dan bijak dalam menggunakan internet atau ict. Sekali gus, ini dapat meningkatkan mutu dan penyebaran tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Dalam bengkel kali ini petugas membantu dan mengajar bagaimana cara membuat borang soal selidik secara online menggunakan Google Form. Dalam bengkel ini petugas telah menunjukkan cara membuat soal selidik melalui Google Form bermula dari laman hadapan sehingga selesai soalan soal selidik tersebut. Permulaan peserta diminta untuk membuka akaun gmail masing-masing untuk membuat form. Selepas akan ada paparan dan jika peserta tiada pilihan boleh bermula daripada kosong atau memilih template sedia ada dan juga akan dibawa ke laman lain jika peserta memilih ‘Blank’.Di ruang Untitled Form itu, petugas meminta peserta mengisi nama atau tajuk borang. Selain itu, peserta juga membantu dan menerangkan jenis jawapan yang akan dibuat sama ada jawapan Multiple Choice atau menggunakan Short Answer. Malah, peserta dibantu juga bagaimana cara untuk menambah soalan melalui ikon '+' tersebut dan bagaimana cara untuk 'send' dan 'link' untuk 'copy dan paste' atau kongsi di mana-mana saluran. peserta berjaya menyiapkan soalan kaji selidik dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 02.10.2023
Masa : 03.00 ptg - 05.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan masyarakat terhadap perkembangan teknologi maklumat dan ict dalam sesuatu kawasan. Secara tidak langsung ict dapat mempertingakatkan ilmu penggunaan dan pengetahuan dalam teknologi maklumat secara langsung dapat memperkembangkan lagi perkhidmatan pedi kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta dalam kalangan belia untuk belajar menaip surat rasmi dan membuat lembaran kerja kursus  menggunakan applikasi microsoft word. Sejajar perkembangan ict didunia penulisan tangan jarang digunakan untuk surat penting kerana kini surat kebanyakkan ditaip menggunakan komputer malah, aktiviti sekolah menengah juga kini menggunakan medium ini sebagai pembelajaran untuk membiasakan pelajar dengan aktiviti menaip menggunakan applikasi dalam komputer. Dalam bengkel ini peserta diajar juga bagaimana cara untuk membesar dan mengecilkan tulisan tanpa perlu memadam satu-satu perkataan dan asas-asas lain yang terdapat diatas menu applikasi. Selain itu, peserta juga diajar penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Peserta berjaya menyiapkan surat rasmi dan lembaran kerja kursus dengan baik.

Gambar Disini

 

Tarikh : 03.10.2023
Masa : 9.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaannya untuk sesuatu urusan atau tugasan. Perkembangan teknologi ini peting untuk masyarakat supaya dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran komputer atau ict dalam kalangan pelajar agar dapat mewujudkan pelajar yang celik it, kreatif dan inovatif. secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan kepada Microsoft Office Power point dan bagaimana cara untuk menggunakan applikasi tersebut untuk membuat biodata melalui applikasi power point. Petugas mengajar bagaimana cara untuk menaip, menyunting template untuk menaip, bagaimana cara untuk menambah slide baru serta memasukan imej ke dalam slide power point dan sebagainya. Selain itu, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk memilih tampilan atau template yang sedia ada di dalam power point melalui menu di power point. Peserta diminta untuk memilih tampilan atau template yang diajarkan kepada mereka dan peserta juga diajar bagaimana untuk mencari imej gambar browser. Disamping itu juga, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk membuat video persembahan atau gerakan setiap slide dan bagaimana cara untuk memasukan audio ke dalam slide tersebut. Peserta memahami dan berjaya membuat slide dengan baiK.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 01.10.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk mededahkan peserta kepada teknologi Maklumat dan Komunikasi dan bagaimana untuk mencari maklumat menggunakan teknologi ict ini. Dengan pendedahan ini dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran komputer dalam kalangan peserta malah, bengkel ini juga secara langsung dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat poster promosi menggunakan applikasi microsoft word dan bagaimana cara untuk mereka membuat carian gambar dalam internet. Peserta diajar bagaimana untuk memuatnaik gambar yang dicari ke dalam applikasi dan juga peserta mengajar bagaimana cara untuk mengubah size tulisan, jenis tulisa, bagaimana cara untuk membuat petak dan sebagainya. Untuk carian gambar pula peserta diajar dengan mencari melalui google dengan memasukan kata kunci yang berkaitan dengan maklumat atau gambar yang dicari oleh peserta. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk menyimpan dalam file dan bagaimana menyimpan hasil kerja supaya tidak hilang.  Peserta dapat memahami dan menyelesaikan dengan baik.

Gambar Disini