Tarikh | : 11.05.024 |
Masa | : 9.30 pg - 10.30 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih kemahiran dalam membuat resume menggunakan applikasi yang tersedia seperti Microsoft Word, Canva, Adobe Photoshop dan sebagainya. Pendedahan latihan ini dapat meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan juga menaip untuk peserta. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diajarkan kemahiran asas dalam membuat resume menggunakan applikasi yang tersedia untuk peserta membuat suntingan dalam resume. Peserta diajarkan teknik-teknik yang mudah dan juga peserta diminta untuk memilih "template" yang mudah untuk mereka membuat penyuntigan maklumat data seperti cara untuk menukarkan size tulisan, jenis tulisan, cara untuk menggerakkan perkataan atau gambar, menukarkan warna , cara untuk memasukkan gambar dan sebagainya. Malah, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menyimpan dalam bentuk pdf serta bagaimana cara untuk membuat "curriculum vitae (cv)" mengikut format yang betul dalam bengkel ini. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan memahami dengan baik.