Tarikh : 17.08.2024
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang
 

 

 

 

TUJUAN :

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan ict serta pembelajaran stem yang merangkumi bidang pengajian di peringkat tertiari seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer. Dengan aktiviti ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam stem dan juga ict serta meningkatkan kemahiran dan nilai diperlukan pada masa depan. Sekali gus, aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat dan juga memperhebahkan lagi perkhidmatan yang terdapat NADI.

 

Bahan-bahan yang Diperlukan :

- Gelas Plastik

- Air

- Tisu

- Bekas Plastik

 

Langkah-langkah:

1) Langkah pertama peserta diminta untuk menuangkan air kedalam bekas sehingga penuh

2) Selepas itu, peserta mengambil gelas dan masukkan tisu kedalam gelas, tisu perlu digumpalkan sedikit untuk dimasukkan ke dalam gelas 

3) Setelah itu, gelas yang ada tisu tersebut di terbalikkan ke dalam bekas air yang diisi penuh paras tisu

4) Tekup dan biarkan seketika gelas yang diterbalikkan

5) Akhir sekali,  peserta akan dapat melihat tisu yang digumpal di dalam bekas tetap kering setelah diangkat dari bekas yang berisi air paras tisu

  1. Kesimpulannya aktiviti ini menunjukkan bagaimana tisu tetap menjadi kering walaupun di rendam ke dalam bekas air yang disi paras tisu. Hal ini kerana, ruang gelas yang berisi tisu juga ditempati udara. Saat gelas dimasukkan ke bekas plastik dalam posisi menegak lurus menjadikan air tidak dapat masuk kerana telah diisikan dengan tisu dan udara telah memenuhi ruang. Oleh sebab itu, tisu tetap menjadi kering tetapi jika posisi gelas miring ia akan menyebabkan air memasuki gelas dan tisu menjadi basah. Diharapkan aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk dicuba disamping pengawasan orang dewasa. Selamat mencuba!

  2. Gambar Disini