Tarikh : 05.10.2023
Masa : 11.00pg - 12.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas Microsoft Office Word dalam membuat resume menggunakan Word adalah untuk mendedahkan peserta tentang kepelbagaian fungsi applikasi tersebut bukan hanya untuk menaip sahaja. Selain itu, peserta dapat didedahkan dengan penggunaan komputer dan membiasakan diri dengan menaip menggunakan komputer yang mana ia dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam ict dan teknologi. Secara tidak langsung bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penerangan secara ringkas fungsi asas dan keterangan menu yang terdapat dalam applikasi microsoft word tersebut serta bagaimana cara untuk menggunakannya untuk membuat resume. Peserta diminta untuk membuka Microsoft Word dan memilih reka bentuk yang diiginkan berdasarkan contoh-contoh resume yang sedia ada sebagai rujukan kepada peserta. Dalam aktiviti ini juga peserta diajar bagaimana untuk memilih dan menukar size tulisan atau membuat kotak tajuk untuk resume dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana cara untuk memasukan gambar dan menyunting gambar serta bagaimana cara untuk menyimpan resume yang telah siap ke dalam bentuk file yang diinginkan. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan resume yang telah dibuat dalam bengkel ini.

Gambar Disini