Tarikh | : 17.05.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memperkenalkan peserta terhadap stem iot (integrating internet of things) kepada peserta yang mana stem ini memfokuskan pelbagai bidang seperti sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik. Dengan pendedahan ini akan dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan masyarakat selain itu, dapat mewujudkan masyarakat yang mempunyai pemikiran kreatif, inovasi dan celik it. Sekali gus, dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini merupakan aktiviti mencipta atau menghasilkan bot menggunakan bahan terpakai. Antara bahan yang digunakan dalam binaan bot ini adalah, gunting, botol, getah, sudu, dan batang aiskrim yang telah disediakan oleh petugas. Petugas juga telah membuat demostrasi dan juga menunjukkan video cara untuk menghasilkan binaan bot menggunakan bahan tersebut. Setelah demostrasi ditunjukkan peserta mula menghasilkan binaan tersebut dengan mengikat batang aiskrim dengan getah, selain itu, akan mencatumkan sudu yang dipotong untuk menjadikan kipas bot supaya ia dapat bergerak di dalam air. Akhir sekali, peserta dapat menerangkan secara ringkas aktiviti penghasilan atau penciptaan bot dan bagaimana bahan tersebut dapat menjadikan sebuah yang dapat bergerak didalam air. Peserta sangat bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kapal layar tersebut dengan jayanya..