BENGKEL ASAS WEBSITE PENGISIAN WEBSITE SECARA ONLINE BERSAMA BELIAWANIS

TARIKH : 19 MEI 2018

MASA : 10.00pg - 12.00tgh

TEMPAT : PI1M SEBERANG JERTEH

PESERTA : 2 ORANG

 

Tujuan

Memberi kemahiran online kepada golongan belia agar lebih peka dan cekap secara online

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan aktiviti. Seterusnya peserta diajar bagaimana untuk mengisi borang secara online sebelum dicetak. Melalui kaedah ini, peserta dapat mahirkan diri dengan penggunaan website online.


 

PROGRAM ADVOKASI KDB AKTIVITI KOLAJ KREATIF SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI GURU BERSAMA PELAJAR TABIKA PERPADUAN SERTA IBUBAPA PENJAGA

TARIKH : 16 MEI 2018

MASA : 11.00pg - 1.00tgh

TEMPAT : TABIKA PERPADUAN SEBERANG JERTEH

PESERTA : 66 ORANG

 

Tujuan

Meningkatkan kreativiti pelajar tabika dalam menghasilkan idea yang baik.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan KDB. Seterusnya peserta diberi lakaran kolaj sempena hari ibu dan hari guru bersama-sama untuk mendapatkan hasil kreativiti masing-masing.


 

PROGRAM ADVOKASI KDB PEMPROSESAN DATA KERJA MELALUI ENJIN CARIAN GOOGLE.COM BERSAMA PELAJAR SEK REN

TARIKH : 5 MEI 2018

MASA : 9.30pg - 10.30pg

TEMPAT : PI1M SEBERANG JERTEH

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Memberi satu pendedahan kepada pelajar sek ren bagaimana untuk mencari lembaran kerja secara online

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan asas internet. Seterusnya peserta diajar bagaimana untuk mencari hasil carian menggunakan google dan menyimpan image agar image tidak kabur dan kecil. Para peserta juga diajar bagaimana untuk menggunakan browser bagi mencari lembaran kerja-kerja yang lain


 

BENGKEL E-DAGANG KEMAHIRAN USAHAWAN ONLINE BERSAMA PESERTA AMANAH IKTIAR JERTEH

TARIKH : 7 MEI 2018

MASA : 10.30pg - 11.30pg

TEMPAT : SURAU RAKR PELAGAT 3 SEBERANG JERTEH

PESERTA : 50 ORANG

 

Tujuan

Memberi satu pendedahan kepada peserta Amanah Ikhtiar bagaimana untuk berniaga secara online dan cara menjana pendapatan secara online.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan PI1M, keahlian, erezeki dan e-perniagaan dan e-dagang. Para pserta diperkenalkan cara-cara untuk menjana pendapatan secara online menerusi portal erezeki. Para peserta didedahkan bagaimana untuk menjadi usahawan online dengan menitikberatkan kaedah media sosial sebagai medan utama untuk memperkenalkan produk masing-masing.


 

LATIHAN KEUSAHAWANAN CARA BUAT STICKER PERNIAGAAN MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD BERSAMA WANITA

TARIKH : 5 MEI 2018

MASA : 9.30pg - 10.30pg

TEMPAT : PI1M SEBERANG JERTEH

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Memberi satu pendedahan kepada golongan wanita agar lebih maju dalam bidang perniagaan

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan asas microsoft word. Peserta diberi tunjuk ajar bagimana untuk menghasilkan sticker perniagaan menggunakan microsoft word bagi mendapatkan hasil yang baik.