Tarikh | : 12.11.2020 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Keusahawanan Kedai Atas Talian (Pengeposan).
Aktiviti
Peserta telah melakukan perniagaan dengan menjual produk makanan ringan dan ingin menjalankan perniagaan atas talian. Oleh itu, peserta telah diajar bagaimana untuk membuat penghantaran produk yang dijual melalui sistem pengeposan.
Tarikh | : 23.11.2020 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Mereka Poster Bersama Pelajar Sekolah Menengah Menggunakan Canva.
Aktiviti
Peserta telah menyatakan hasrat untuk belajar membuat poster untuk tugasan persatuan di sekolahnya. Maka pelatih telah mengajar cara membuat poster dengan cara yang mudah dengan menggunakan Canva. Peserta dapat memahaminya dengan mudah.
Tarikh | : 11.11.2020 |
Masa | : 09.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Pembangunan Laman Web HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia)
Aktiviti
Sistem HRMIS telah dibangunkan dengan tujuan memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia di semua peringkat agensi kerajaan. Sistem ini digunakan untuk memudahkan pengurusan sumber manusia.
Tarikh | : 21.11.2020 |
Masa | : 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Latihan Asas Menaip Menggunakan Microsoft Word Bersama Pelajar Sekolah Menengah.
Aktiviti
Peserta telah ditugaskan oleh guru mereka untuk memyelesaikan tugasan kerja sekolah mereka. Oleh itu, pelatih telah mengajar bagaimana untuk menggunakan microsoft word sebagai tempat untuk menaip. Pelatih juga mengajar bagaimana untuk mengubah tulisan dan menyusun isi kerja demi memastikan kekemasan kerja.
Tarikh | : 06.11.2020 |
Masa | : 02.00 ptg - 04.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Bengkel Pengenalan Asas Menaip Microsoft Word bersama Pelajar Tingkatan Tiga
Aktiviti
Peserta telah diberikan tugasan untuk membuat suatu kerja kursus yang ditugaskan oleh guru mereka. Oleh itu, pelatih telah mengajar bagaimana untuk menaip, membuat jadual, mengubah tulisan, menyimpan dokumen kerja dan pelbagai lagi. Peserta sedikit sebanyak telah memahami cara penggunaan microsoft word.