Tarikh | : 19.02.2021 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Membuat Poster Menggunakan Canva Bersama Pelajar Sekolah dan Belia.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk menggunakan Canva untuk membuat poster dengan cara lebih mudah. Poster yang dibuat adalah bertemakan pencegahan dadah. Peserta juga diajar bagaimana untuk mengubah suai logo dan elemen dalam poster. Peserta memahami dengan baik dalam menggunakan Canva.
Tarikh | : 10.02.2021 |
Masa | : 2.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Bengkel Media Baru Zoom Meeting Bersama AJK KRT
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk menggunakan Zoom sebagai aplikasi yang menghubungkan komunikasi bersemuka sebagai alternatif kepada mesyuarat secara bersemuka. Peserta diajar bagaimana untuk memasang Zoom di dalam komputer dan mendaftar akaun Zoom. Mesyuarat atas talian berjalan dengan baik dan peserta memahami bagaimana untuk menggunakan zoom.
Tarikh | : 07.02.2021 |
Masa | : 3.00 pTg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Resume Menggunakan Microsoft Word Bersama Belia.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk menggunakan microsoft word untuk membuat resume. Pelatih telah memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk merangka resume dan maklumat asas yang perlu diletakkan dalam resume. Pelatih juga mengajar bagaimana untuk mereka rekaan resume yang menarik supaya kelihatan lebih kemas dan menarik.
Tarikh | : 08.02.2021 |
Masa | : 9.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Pembangunan Laman Web SKT/ HRMIS Bersama Guru Tabika Kemas.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk membangunkan laman web HRMIS untuk mengemaskini data - data terkini. Semua data tersebut perlu dikemaskini dalam laman web ini. Peserta memahami dengan baik dan dapat menyelesaikan dengan baik.
Tarikh | : 04.02.2021 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Latihan Asas Microsoft Office Word dan Excel Bersama Warga Suri Rumah.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk menggunakan microsoft word dan excel sebagai pengetahuan asas untuk memudahkan pembelajaran anak - anak mereka. Oleh kerana sistem PDPR iaitu sistem pendidikan atas talian dijalankan sewaktu musim PKP, maka ibu bapa juga perlu dibekalkan dengan pengetahuan asas komputer dan microsoft office. Peserta memahami dan mempelajari dengan baik.