Nurul Hanomhazwadilla Bt Mohd Ghazali
Perusahaan Perniagaan Perlbagai Barangan Harian
Nama | : Nurul Hanomhazwadilla Bt Mohd Ghazali |
Umur | : 33 tahun |
Ahli | : Jun 2019 |
No Tel | : 013-9911140 |
: https://www.facebook.comnurulhanomhazwadilla.mohdghazali |
http://sbrgjerteh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeIdf16ceac3fc
Latar belakang
Puan Hanomhazwadilla merupakan ibu tunggal kepada 3 orang anak. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa bagi menjaga 3 orang anaknya. Beliau baru memulakn perniagaan ini bermula awal tahun 2019. Pada permulaan perniagaan ini, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan tanpa mengaut untung yang lebih. Bagi menampung perbelanjaan 3 orang anak yang masih bersekolah, beliau juga berniaga secara “car booth sale” di tempat-tempat perkelahan khusunya di pantai pada hujung minggu. Beliau seorang yang rajin dan tidak putus semangat untuk mencari rezeki pada 3 orang anaknya melalui perniagaan yang beliau jalankan. Beliau juga ahli tetap di PI dan sering datang ke PI untuk menggunakan internet bagi memasarkan jualan perniagaannya secara atas talian dengan bantuan pihak PI Seberang Jerteh.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM200 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.
ZULKIFLI BIN MUHD YUSAK
Pemuda Celik IT
Nama | : Zulkifli Bin Muhd Yusak |
Umur | : 48 tahun |
Ahli | : Februari 2011 |
No Tel | : 019-9341277 |
: https://www.facebook.com/azulyusak |
http://sbrgjerteh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeId53f88545a3
Latar belakang
Encik Zul merupakan seorang seorang ketua belia di kawasan perumahan komuniti Seberang Jerteh. Beliau sering menggunakan PI sebagai tempat rujukan dan membuat kerja berkaitan surat menyurat dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tidak boleh menaip dengan baik dan kurang berpengetahuan tentang asas Microsft Office
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT. Beliau juga telah dipilih sebagai sukarelawan PI Seberang Jerteh. Minat dan faktor yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan ICT.
MOHAMAD SAFRI FAIZUDIN BIN MOKHTAR
Perusahaan Perniagaan Printing
Nama | : Mohamad Safri Faizudin Bin Mokhtar |
Umur | : 35 tahun |
Ahli | : Julai 2017 |
No Tel | : 010-4153534 |
: https://www.facebook.com/safri.moktar |
http://sbrgjerteh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeId4ae4e4d83d
Latar belakang
Encik Safri mengusahakan perniagaan secara persendirian dan dibantu oleh isterinya. Beliau tidak bekerja dan tidak terikat dengan tanggungjawab kerja yang lain. Beliau hanya fokus kepada tempahan dan menerima semua jenis permintaan pelanggan. Antara tempahan yang diterima berasaskanhiasan gambar yang diaplikasikan kepada cetakan berbentuk kanvas. Selain itu, menerima tempahan cetakan beg kertas untuk kegunaan majlis keramaian, design banner dan banting, stiker dan semua yang berkaitan dengan periklanan. Beliau juga turut merekrut beberapa ejen yang berminat untuk menyertai perniagaan ini di samping menambah pendapatan. Beliau membekalkan ayat penulisan iklan untuk ejen yang bersungguh-sungguh untuk mengiklankan di laman sosial masing-masing. Kesimpulannya, periklanan yang beliau buat dan latih hanya berasaskan media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500 – RM2000 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.
SITI AMIRAH BINTI CHE JAAFA’
Perusahaan Perniagaan Barangan Elektrik
Nama | : Siti Amirah Binti Che Jaafa’ |
Umur | : 28 tahun |
Ahli | : Ogos 2015 |
No Tel | : 014-8160304 |
: https://www.facebook.com/amirah.chejaafa |
http://sbrgjerteh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeId917f7f4683
Latar belakang
Puan Amirah merupakan bekas pekerja bank yang membuat perniagaan sepenuh masa setelah menjadi surirumah oleh disebabkan komitmen keluarga. Beliau membuat kutu dan bayaran ansuran mengikut permintaan pelanggannya. Selain itu juga, beliau turut menjual barangan kesihatan seperti minuman lemon detoks, jus asam kunyit, minuman coklat kesihatan, dan pemakan tambahan yang berasaskan bawang putih. Beliau menggunakan platform Facebook dan Status Whatsapp untuk mengiklankan barangan yang dijual. Selain itu, beliau juga merekrut suami sendiri untuk menyertai perniagaannya sebagai punca pendapatan sampingan. Kejayaananya bermula dari bawah dan mendapat sambutan kepada semua rakannya dan suami.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.
KEUSAHAWANAN - ROPUAN BT AMIT
USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN TEMPATAN
Puan Ropuan (kanan) Bergambar bersama pekerja nya di kedai milikan beliau di Bandar Jerteh, Besut Terengganu
Nama | : Ropuan Bt Amit |
Umur | : 38 tahun |
Ahli | : 2017 |
No Tel | : 01133557309 |
: https://www.facebook.com/akok.jertih |
Latar belakang
Puan Ropuan usahawan kecil produk makanan tempatan di daerah Besut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Ropuan mula berniaga secara kecil-kecilan di pasar minggu sebelum memiliki kedai milikan sendiri di bandar jerteh. Mula berniaga pada tahun 2014 dengan membantu ibu yang berniaga di pasar malam bagi mendapat pendapatan bulanan. Beliau juga sering menghantar kuih akok ke kedai-kedai lain bagi mempromosikan dan memperkenalkan kuih nya. Mempunyai 7 jenis perisa antaranya, perisa jagung, kurma, pisang, durian, perisa original, kacang merah dan kacang hijau. Menjual pada harga yang mudah 3 biji RM2.00.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau juga dikenali seorang yang peramah dan mesra bila disapa menyebabkan beliau memliki ramai pelanggan di seluruh Malaysia. Beliau sering datang ke PI untuk belajar cara untuk memasarkan barangan melalui facebook. Dengan bantuan staff PI, beliau kini telah pandai dan mahir mempromosikan kuih akok di media sosial. Rata-rata pengguna media sosial ramai yang telah berminat dengan kuih akok yang dibuat oleh Puan Ropuan. Disebabkan beliau menerima setiap hari tempahan, beliau telah dibantu oleh suami dan anak-anak disamping memiliki 5 orang pekerja.
http://sbrgjerteh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeIda2cee8c528
*Antara produk yang beliau hasilkan
KEUSAHAWANAN - ROSNAINI BT MOHAMAD
USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN
Puan Rosnaini (tengah) Bergambar bersama pekerja nya dan penglibatan beliau di PI Seberang Jerteh sebagai ahli bagi memasarkan perniagaannya secara online
Nama | : Rosnaini Bt Mohamad |
Umur | : 52 tahun |
Ahli | : 2017 |
No Tel | : 011-25240908 |
: https://www.facebook.com/ainiemohamad |
Latar belakang
Puan Rosnaini usahawan temapatan menghasilkan produk kraftangan berasal dari Besut Terengganu
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Rosnaini memulakan perniagaannya pada Ogos 2016. Mengusahakan perniagaan kecil-kecilan di rumahnya bertempat di RAKR Pelagat 3 Seberang Jerteh. Mula berniaga secara kecil-kecilan penghantaran rumah ke rumah (COD). Beliau mengusahakan kerepek tiram dan bantal debunga cantik. Beliau sering datang ke PI bagi menggunakan internet dan computer bagi mempromosikan barangan jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produknya.. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500. Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI Seberang Jerteh, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Rosnaini tetap berkunjung ke mini PI1M Seberang Jerteh bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas.
http://sbrgjerteh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeId3d24897937
*Antara produk yang beliau hasilkan