Menjalankan perniagaan produk kecantikan Beauty Care

Nama : Norhidayah Bt Musa
Umur : 40 tahun
Ahli : FEBRUARI 2018
No Tel : 011-19770783
Facebook : https://www.facebook.com/norhidayah.musa

 

Latar belakang

Puan Hidayah telah menjual produk kecantikannya secara kecil-kecilan disekitar Bandar Jerteh. Mula berniaga sejak 5 tahun yang lalu. Produk yang dihasilkan dijual di pasar tani Jerteh, dan jualan secara kecil-kecilan di rumahnya. Disebabkan beliau dikenali ramai dan mempunyai teman yang ramai, penjualan beliau sering dibeli oleh orang ramai melalui kenalan-kenalan yang telah mencuba produk beliau. Memegang status sebagai ibu tunggal dan memiliki 4 orang anak, beliau gigih memasarkan produknya ke serata tempat termasuklah secara online. Malah, beliau juga jadikan PI1M Seberang Jerteh sebagai satu medan untuk beliau mempelajari bagaimana untuk bisnes secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.