Tarikh | : 1 September 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 tgh |
Lokasi | : Pusat Internet Seberang Jerteh |
Peserta | : 41 orang |
Tujuan
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan kepada golongan Belia dan Pelajar Sekolah mengenai fungsi Microsoft Word, Power Point dan Excel dalam penghasilan dokumen kerja yang lebih pantas dan sistematik dengan menggunakan daya dan format yang konsisten. Selain itu, melalui penguasaan yang mantap di dalam kursus ini, ia juga dapat memudahkan kawalan untuk setiap dokumen kerja yang telah dihasilkan.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan menyampaikan taklimat yang merangkumi tajuk Pengenalan kepada Microsoft Word 2010, Memformat Dokumen, fungsi-fungsi Asas dan Membina Jadual. Seterusnya para peserta memberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan formula-formula yang terdapat di dalam Microsoft Excel dan power point. Bagi menguji setiap peserta kursus, sesi latihtubi telah dijalankan kepada peserta diakhir kursus. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada peserta. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Nor Almizan selaku Pegawai JPNIN Besut.