Tarikh : 20.07.2024
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 16 Orang

 

 

 

 

TUJUAN :

Memberikan pendedahan dan menarik minat peserta terutama dalam kalangan pelajar untuk mencuba dan merangsang minda peserta untuk berfikir dan juga menarik minat mereka untuk meneroka dunia awal sains dengan lebih mendalam disamping untuk menningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan ict. Malah, dengan aktiviti ini diharapkan dapat menarik lebih ramai komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini. 

Bahan-bahan yang Diperlukan:

- Belon

- Cuka

- Soda Bikarbonat

- Botol

- Kertas atau sudu atau corong

- Pewarna

Langkah-langkah:

1) Peserta perlu mengambil kertas kecil, sudu atau corong

2) Selepas itu, peserta perlu masukkan soda bikarbonat ke dalam belon

3) Peserta perlu masukan air cuka ke dalam botol

4) Selepas cuka dimasukkan peserta perlu masukan pewarna dan larutkan pewarna dengan cuka tersebut

5) Letakkan belon yang diisi soda bikarbonat ke permukaan atas tudung botol

6) Peserta perlu mengangkatkan sedikit belon supaya soda bikarbonat masuk ke dalam botol supaya ia bercampur dengan cuka

7) Setelah soda bikarbonat terlarut dengan cuka ia akan membuat belon mengembang dan size belon yang berkembang itu akan mengikut berape banyak soda bikarbonat yang dimasukkan ke dalam belon.

  1. Akhir sekali peserta akan diterangkan secara ringkas aktiviti yang dijalankan ini adalah untuk melihat bagaimana belon boleh berkembang disebabkan campuran cuka dan soda bikarbonat ini menjadi reaksi atau tindak balas campuran tersebut. Campuran tersebut akan mendorong gas oksigen diatasnya untuk mengisi dan membuat permukaan belon yang elastik itu menjadi berkembang. Semakin banyak soda bikarbonat dan cuka digunakan ini akan menjadi semakin besar dan cepat belon itu berkembang. Semoga aktiviti ini bermanfaat dan boleh dicuba dengan diawasi oleh orang dewasa supaya ia selamat ketika anak-anak mencuba membuat aktiviti ini. Selamat mencuba!

Gambar Disini