Tarikh : 20.07.2024
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 16 Orang

 

 

 

 

TUJUAN :

Memberikan pendedahan kemahiran bagaimana menghasilkan cop jari tanpa menggunakan dakwat dan juga untuk meningkatkan kreativiti dan perkembangan minda dalam reka bentuk. Selain itu ia dapat menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti yang dijalankan disini.

Bahan-bahan yang Diperlukan:

- Kertas

- Pensel

- Salotip atau Pita Pelekat

- Gunting

Langkah-langkah:

1) Peserta perlu mewarnakan tompokan hitam pada sekeping kertas dengan menggunakan pensel

2) Peserta perlu menguntingkan pita pelekat atau salotip

3) Peserta mula menekapkan jari pada tompokan hitam yang telah dibuat

4) Peserta menekapkan mengikut jari yang telah diberikan oleh petugas bermula dengan ibu jari kiri dan kanan sehingga ke jari kelingking

5) Peserta perlu lekatkan jari tersebut pada pita pelekat untuk mendapatkan cap jari.

6) Rekodkan setiap cap jari yang telah diambil pada sekeping kertas yang telah diberikan oleh petugas

  1. Akhir sekali peserta akan menerangkan secara ringkas aktiviti yang dijalankank. Aktiviti ini sangat mudah untuk dijalankan bersama anak-anak untuk mengisi kelapangan masa atau untuk pembelajaran mereka. Selamat mencuba!

Gambar Disini