Tarikh : 10.08.2023
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  melatih dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir, kreatif dan inovatif melalui penggunaan ict yang mana sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah mengenai pembelajaran dalam applikasi uptoten yang mana terdapat pelbagai bentuk bahan pembelajaran sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pra sekolah. Dalam aktiviti tersebut petugas mengajar peserta bagaimana cara untuk memegang tetikus untuk mewarna secara online. Pergerakan tetikus banyak digunakan untuk peserta mewarna dalam applikasi tersebut. Selain itu, petugas juga menerangkan bagaimana untuk memilih warna yang bersesuaian dengan tema gambar tersebut agar yang diwarnakan nampak menarik dan juga membantu peserta mengenal warna malah mengenal bentuk huruf dan sebagainya melalui permainan berpendidkan seperti menyambung huruf untuk membentuk objek yang telah disambung. Aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak ini dapat meningkatkan kreativiti, fokus mata mereka, inovasi dan mahir dalam penggunaan komputer atau ict. Perserta memahami dan belajar dengan baik.

Gambar Disini