Tarikh : 26.08.2023
Masa : 09.30 pg - 10.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict untuk mencari maklumat dan memberikan latihan tentang ict dan juga komputer kepada peserta. Peserta dapat mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga membiasakan peserta dengan penggunaan komputer serta memudahkan dalam pencarian maklumat terutama berkaitan dengan pelajaran. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Melayu tahun 4 dan 5 yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom seperti membuka audio, cara chat, membuka camera dan sebagainya. Dalam kelas online tersebut peserta akan diberikan nota atau latih tubi berbentuk pdf untuk memudahkan peserta menjawab soalan yang diberikan. Selain itu, untuk kelas Bahasa Melayu ini juga telah diajarkan juga kuiz berbentuk permainan yang mana peserta perlu menjawab berpandukan topik pengajaran dalam sesi kelas tersebut. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini